CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 14, 2011

-PrOduK KesUkaAn-

-GaRnIeR- (moly)
Sejerus selepas mandi dan mengenakan pakaian, tangan akan terus mencapai pada Garnier Light…itulah rutin saya setiap kali selepas membersihkan diri sejak 3 tahun yang lalu.Garnier merupakan teman setia saya sejak umur 20 tahun.Hampir 3 tahun ia menjadi teman setia sehinggalah ke hari ini.Garnier akan  sentiasa dibawa kemana-mana sahaja.Ciri garnier yang bersesuaian dengan kulit muka saya menghasilkan kesan yang drastik terhadap kulit dan warnanya.Penambahan perahan limau telah meninggalkan tanda-tanda hitam di muka saya.Kemunculan Garnier dalam kehidupan saya merupakan peristiwa yang sukar dilupakan oleh saya dan kakak saya.Pada suatu hari sabtu, saya dan kakak saya telah keluar untuk membeli barang keperluan peribadi kami”girls” suatu kebiasaan yang  dilakukan setiap sebulan sekali.Kami telah menjejak kaki dari bahagian pakaian sehingglah ke bahagian kecantikan.Kakak saya sedang khuyusuk berbual dengan jurujual di bahagian perfume.Sementara itu kaki saya cukup tertarik dengan kemunculan produk baru yang berwarna kuning putih.Risalah serta banner yang berdekatan dengan produk tersebut menarik minat saya.Sedang saya melihat Garnier Light facial cream, kakak saya telah menjergah dari belakang sehinggalah Garnier terlepas dari tangan dan jatuh di atas lantai.Sejerus selepas itu, kesemua mata tertumpu ke arah kami akibat bunyi gelas pecah.Seperti yang disedia maklum kami harus bayar untuk produk tersebut.Pada masa itu saya cukup marah dengan kakak saya tetapi kemarahan saya telah berkurang apabila dia yang membuat bayaran terhadap garnier.Selain itu, untuk tidak mengeruhkan keadaan lagi kakak saya telah membelikan Granier Ligth sebagai tanda kesalnya.Semenjak hari tersebut sehingglah sekarang, Garnier merupakan rakan karib saya.Kemunculan produk kecantikan yang lain dalam pasaran baru-baru ini langsung tidak menarik minat saya kerana Garnier sentiasa muncul dengan  invention yang baru.Sehinnga kini Garnier semakin luas dan ramai penggunanya.Hal ini kerana promosi serta iklan Garnier telah sampai kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment